March 20, 2008

Kekasih Hati Angkasawan Negara


Teka teki siapa gadis pilihan ikon terbaru negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh sekarang sudah terjawab. Beliau telah membawa gadis tersebut ke majlis malam media anjuran UKM sambil berpegangan tangan. Pasangan yang kelihatan sama cantik dan padan itu memakai pakaian hijau sedondon.

Gadis itu sebenarnya ialah Dr. Halina Mohd. Yunos, 27, doktor perubatan dalam bidang kecantikan (estetik) di PrimaNora Women”s Wellness Centre. Halina merupakan bekas pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kata Halina, "Setelah tamat pengajian, saya menjadi doktor pelatih di Hospital Selayang yang mana pernah merawat ahli keluarga Mus sewaktu itu."

Persahabatan beliau dan Dr Sheikh Muszaphar sebenarnya bermula sewaktu beliau sedang menuntut kerana Dr Sheikh Muszaphar merupakan 'tutor' beliau.

Apabila meminta komen beliau tentang Dr Sheikh Muszaphar. Katanya, "Dia suka merendah diri, baik, rajin, bijak membuat keputusan. Saya tahu apa yang dia nak, dia pun begitu. Sangat memahami dan senang difahami."

Bapa Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh pula ketika ditemui berkata, ""Halina seorang yang cantik dan berbudi bahasa. Beliau sering membantu saya dan isteri (Datin Zuraida Sheikh Ahmad) ketika bertugas di Hospital Selayang bagi tujuan pemeriksaan kesihatan," katanya.

Halina menyatakan bahawa beliau yakin selagi wujud kepercayaan dan persefahaman antara meraka, segala dugaan yang mendatang insya-Allah dapat ditempuhi.

Ramai yang menyangka tarikh pertunangan atau perkahwinan mereka akan dipilih bersamaaan tarikh bersejarah Dr Sheikh Muszaphar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) iaitu pada 10 Oktober.

Sama-samalah kita nantikan detik mereka menamatkan zaman bujang.

No comments: