March 20, 2008

Ellie Lakon Watak Kafir


Pelakon Ellie Suriaty memang diakui sebagai seorang pelakon yang hebat. Apa sahaja watak yang dilakonkannya sentiasa menjadi dan meninggalkan kesan. Sebabnya dia sangat komited dengan kerjanya sebagai pelakon baik di filem, drama atau di atas pentas teater.

Cabaran terbaru Ellie ialah melakonkan watak Hendon, seorang wanita kejam yang kafir dan menentang perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan syiar Islam dalam teater Muzikal Sirah Junjungan arahan Erma Fatima. Teater itu akan dipentaskan mulai 19 hingga 23 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ellie akui debaran dan rasa takutnya lain macam ababila berlakon watak itu. Ada dialog yang mengatakan Islam ialah ajaran yang tidak baik.

"Memang takut apabila melakonkan watak ini. Tapi saya anggap ia sebagai cabaran dan memikirkan watak hitam Hendon akhirnya menggambarkan kehebatan perjuangan Nabi Muhamamd s.a.w. Saya hanya berlakon dan berharap ia tidak menjadi isu sensasi apabila dipentaskan nanti.

"Kami telah berbincang dengan orang yang pandai agama dan meminta pandangan mereka. Malah dialog saya juga telah ditapis agar tidak menjadikan saya terpesong akidah semasa berlakon," kata Ellie lagi.

Ellie juga akui setiap kali memulakan latihan menjiwai watak Hendon, dia berdoa banyak-banyak untuk mententeramkan hatinya yang terpaksa mengucapkan dialog yang menentang ajaran Islam.

Sementara itu Ellie sekarang dalam usaha menguruskan badan. Semuanya gara-gara tawaran berlakon sebuah filem. Menurut Ellie dia didatangi penerbit yang mahukan dia menaikkan berat badan untuk satu watak dalam filem.

Setelah badannya naik 10 kg, akhirnya penerbit berdolak-dalih dan tidak jadi menawarkan watak tersebut kepadanya. Kini dia kembali berdiet untuk kembali kepada bentuk badan asalnya. Itulah asam garam jadi artis. Elok-elok badan sudah naik, tawaran tak jadi pula. Sabar ajalah Ellie.

"Saya ada tonton aksi saya semasa berisi dalam sitcom Senario baru-baru ini.. Aduh macam tak percaya tengok saya besar begitu. Sebab itulah saya lebih bersemangat untuk kembali langsing," kata Ellie lagi.

Dafi Kini Anak Menteri


Dafi dan Keluarga

Ayah Dafi, Datuk Ismail Sabri Yaacob, 48, telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam barisan kabinet baru yang diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 18 Mac 2008.

Dafi hanya mengetahui berita ini selepas satu jam Abdullah membuat pengumuman. Ini kerana semasa itu, Dafi sedang sibuk di lokasi filem Sayang U Can Dance di Sarawak.

Menurut Dafi: "Dafi tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan Dafi, rasa bangga, gembira dan bersyukur kerana akhirnya orang nampak penat lelah bapa selama ini."

Bapa Dafi bertanding bagi kawasan Parlimen Bera.

Team ManggaOnline ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri atas lantikan ini. Semoga Datuk dapat memikul tanggungjawab dan memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan sukan dan aktiviti belia di Malaysia. Semoga Belia Malaysia "Belia bebas dadah, Belia Sihat dan Aktif" serta Sukan Malaysia bertambah tinggi kualiti dan mutunya.

Bapa dan ibu Datin Muhaini sangat menyokong kerjaya Dafi sebagai penyanyi.

Alam Cinta Ashraf Sinclair


Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari

Minggu lalu dan mungkin dah lama juga kisah aksi asmara Ashraf Sinclair dan kekasihnya, Bunga Cinta Lestari, di Pulau Bali heboh diperkatakan. Manakan tidak, aksi merpati dua sejoli ini bagaikan melampaui batas agama dan adat. Meskipun Ashraf dengan beraninya mengaku perbuatan tersebut, namun banyak perkara yang boleh dipertikaikan. Akibat rakaman keintiman mereka dirakam oleh lensa kamera, Ashraf menjadi tambah popular bukan sahaja di Malaysia malahan di Indonesia. Namun adakah ini yang diperlukan untuk bantu jadi popular?

Mengapa artis sekarang sudah terlalu berani? Sudah hilang langsungkah tatasusila dan pegangan agama mereka? Memang diakui mereka juga manusia biasa, tetapi artis perlu ingat mereka adalah role model kebanyakan remaja sekarang, silap-silap hari bulan ramai yang meniru penyakit artis sekarang.

Kekasih Hati Angkasawan Negara


Teka teki siapa gadis pilihan ikon terbaru negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh sekarang sudah terjawab. Beliau telah membawa gadis tersebut ke majlis malam media anjuran UKM sambil berpegangan tangan. Pasangan yang kelihatan sama cantik dan padan itu memakai pakaian hijau sedondon.

Gadis itu sebenarnya ialah Dr. Halina Mohd. Yunos, 27, doktor perubatan dalam bidang kecantikan (estetik) di PrimaNora Women”s Wellness Centre. Halina merupakan bekas pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kata Halina, "Setelah tamat pengajian, saya menjadi doktor pelatih di Hospital Selayang yang mana pernah merawat ahli keluarga Mus sewaktu itu."

Persahabatan beliau dan Dr Sheikh Muszaphar sebenarnya bermula sewaktu beliau sedang menuntut kerana Dr Sheikh Muszaphar merupakan 'tutor' beliau.

Apabila meminta komen beliau tentang Dr Sheikh Muszaphar. Katanya, "Dia suka merendah diri, baik, rajin, bijak membuat keputusan. Saya tahu apa yang dia nak, dia pun begitu. Sangat memahami dan senang difahami."

Bapa Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh pula ketika ditemui berkata, ""Halina seorang yang cantik dan berbudi bahasa. Beliau sering membantu saya dan isteri (Datin Zuraida Sheikh Ahmad) ketika bertugas di Hospital Selayang bagi tujuan pemeriksaan kesihatan," katanya.

Halina menyatakan bahawa beliau yakin selagi wujud kepercayaan dan persefahaman antara meraka, segala dugaan yang mendatang insya-Allah dapat ditempuhi.

Ramai yang menyangka tarikh pertunangan atau perkahwinan mereka akan dipilih bersamaaan tarikh bersejarah Dr Sheikh Muszaphar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) iaitu pada 10 Oktober.

Sama-samalah kita nantikan detik mereka menamatkan zaman bujang.

Kisah Adegan ranjang Ella dan Jojie

Jojie dan Ella

Mungkin ramai yang dah terima emel orang yang tidak dikenali mengatakan ratu rock – Ella dan kakaknya – Jojie disoal siasat polis.
Kesnya mereka dikatakan melakukan adegan ranjang dengan pasangan masing-masing di atas sebuah kapal mewah. Sebelum ini ada gosip kononnya gambar-gambar itu tersebar di internet.
Jojie sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan penyebaran gambar berkenaan. Menurut Jojie ini satu perbuatan jahat yang semata-mata nak jatuhkan maruah dia dan adiknya; Ella.
Semoga Ella dan Jojie bersabar dengan fitnah ini. Biasalah dalam dunia hiburan yang penuh glamor macam-macam cerita direka, gambar di internet boleh di super impose.

Alasan 6ixth Sense tukar nama


KUMPULAN 6IXTH SENSE.


SETELAH sekian lama dikenali dan selesa dengan nama asal, kumpulan 6ixth Sense yang dibarisi lima anak muda berusia lingkungan 20-an diberitakan akan bertukar nama.

Tirta, itulah nama baru kumpulan itu yang diambil dari perkataan bahasa Sanskrit yang membawa maksud `air’.

Biarpun hanya bertukar nama kumpulan, kesemua anggota itu sepakat mengekalkan vokalis utamanya dari Indonesia, Adie.

Pertukaran 6ixth Sense kepada Tirta dilakukan ekoran kumpulan itu sudah pun menembusi pasaran di Indonesia menerusi album kompilasi edaran EMI.

Menurut Adie, penggunaan Tirta adalah bagi mengelak kekeliruan di kalangan peminat di Indonesia berikutan terdapat sebuah kumpulan yang mempunyai nama sama dengan 6ixth Sense di sana.

“Ekoran itu, kami dinasihatkan oleh produser iaitu Mujahid supaya menukar nama supaya peminat tidak keliru.

“Namun begitu, ketika ini, Tirta hanya digunapakai di Indonesia manakala penggunaannya di Malaysia, masih belum diputuskan lagi,’’ katanya ketika ditemui pada pelancaran Saturday Centre Stage Live 2008 di Funtheque Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Adie, pihaknya akan mengadakan sidang media tidak lama lagi berhubung keputusan sama ada penggunaan nama 6ixth Sense di negara ini dikekalkan atau sebaliknya.

“Kalau boleh kami tidak mahu menukar nama sebab sudah biasa dengan nama 6ixth Sense. Tapi, seandainya kata sepakat dicapai untuk kami menukar nama, kami akan berusaha untuk mempopularkan nama baru itu.

“Album ketiga juga akan keluar tidak lama lagi dan berkemungkinan ia juga bakal menggunakan nama Tirta,’’ katanya.

Tirta popular di Indonesia

Peluang menembusi pasaran di Indonesia pada Januari lalu membuatkan 6ixth Sense yang menggunakan nama Tirta begitu teruja.

Kata Adie, ini disebabkan dua buah lagunya iaitu Tanpa dan Tak Bisa Memilih telah berjaya memasuki carta muzik di beberapa buah stesen di negara terbabit.

“Selama berminggu-minggu lagu kami memasuki carta dan ia sesuatu yang membanggakan,’’ ujar Adie.

Atan ganti Airbone

Bercakap mengenai keanggotaan 6ixth Sense pula, salah seorang pemain gitar keduanya iaitu Airbone sudah pun menyatakan hasrat untuk tidak lagi bersama dengan kumpulan itu sebaik mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Tempat yang dikosongkan oleh Airbone bagaimanapun kini diisi oleh ahli baru iaitu Shahrul Effendy atau lebih mesra dengan panggilan Atan.

Atan juga akan tampil menerusi album ketiga kumpulan berkenaan.

Ditanya mengenai keserasiannya dengan 6ixth Sense, Atan menjelaskan, hubungannya dengan anggota-anggota lain kumpulan itu sudah lama terjalin.

“Kami kawan rapat. Saya juga banyak mengikuti mereka membuat persembahan di mana-mana,’’ jelas anak muda berusia 26 tahun itu.

Selain Adie dan Atan, 6ixth Sense turut dianggotai oleh Gjie, Safwan serta Ayoy.

Persembahan di Funtheque

Baru-baru ini, kelab malam terkemuka di ibu negara yang terletak di Bukit Bintang, Funtheque, memperkenalkan satu program baru iaitu Saturday Centre Stage Live 2008.

Ia bertujuan memberi platform dan membantu golongan artis tanah air yang kebanyakannya tidak berpeluang mengadakan persembahan di kelab-kelab malam.

Program tersebut akan bermula 22 Mac ini dengan bayaran sebanyak RM35 dikenakan terhadap peminat yang ingin mengikuti siri Saturday Centre Stage Live.

Antara artis yang tersenarai untuk menjayakan siri persembahan itu ialah Nurul, Rahmat Mega, Shamrin Fotograf, Dina Malaysian Idol, Elyana, Pretty Ugly, Nitrus serta 6ixth Sense.

Bagi 6ixth Sense, mereka akan membuat persembahan pada 10 Mei depan bergandingan dengan Aizat AF5.

March 17, 2008

Lirik Lagu Paling Best Dalam Hidup ku....

Karamel - Jauh

pernah ada
rasa cinta
antara kita
kini tinggal kenangan

ingin kulupakan
semua tentang dirimu
namun tak lagi
kan seperti dirimu oh bintangku

jauh kau pergi
meninggalkan diriku
disini aku
merindukan dirimu

kini kucoba
mencari penggantimu
namun tak lagi
kan seperti dirimu oh kekasih

jauh kau pergi
meninggalkan diriku
disini aku
merindukan dirimu

kini kucoba
mencari penggantimu
namun tak lagi
kan seperti dirimu oh kekasih

pernah ada
rasa cinta
antara kita
kini tinggal kenangan

ingin kulupakan
semua tentang dirimu
namun tak lagi
kan seperti dirimu oh bintangku

jauh kau pergi
meninggalkan diriku
disini aku
merindukan dirimu

kini kucoba
mencari penggantimu
namun tak lagi
kan seperti dirimu oh kekasih